Make your own free website on Tripod.com

Laman Web Rasmi SMK Saratok

SMK Saratok, 95407 Saratok

SMK Saratok atau Saratok Secondary School lebih dikenali sebagai SMK Batu Empat ialah sebuah sekolah yang terletak di Bahagian Betong. Sekolah ini merupakan antara sekolah tertua di Bahagian Sri Aman-Betong telah ditubuhkan pada tahun 1962 iaitu sebelum kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia. Oleh itu, tenaga pengajarnya terdiri daripada warga asing dan orang tempatan.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1962, seramai 17 orang Pengetua telah berkhidmat di SMK Saratok. Buat masa ini Pengetua yang sedang berkhidmat di SMK Saratok ialah Encik Joseph Junting Resa yang telah memegang teraju pentadbiran sejak tahun 1998. Bilangan pelajar SMK Saratok ialah seramai 1021 yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tenaga pengajar pula seramai 51 orang dan 26 orang kakitangan bukan guru.

 

             Sebaik sahaja ditubuhkan pada tahun 1962, Saratok Secondary School telah dipimpin oleh Mr. Stuart yang berasal dari England. Ketika itu bahasa pengantar ialah Bahasa Inggeris. Para gurunya pula berasal dari Britian, Amerika Syarikat, Kanada dan orang tempatan. Para pelajarnya pula datang dari daerah sekitar Bahagian Betong seperti Debak, Pusa, Roban, Kabong dan Saratok. Bangunan asal sekolah ini ialah kelas yang diduduki oleh pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 yang telah dibaikpulih. Akibat kekurangan bilik kelas  untuk menampung bilang pelajar yang terlalu ramai, bilik kelas sementara atau bilik kelas kilat turut dibina yang masih dapat dilihat tapaknya sehingga hari ini.

Selain kemudahan bilik darjah, asrama juga turut disediakan kerana kebanyakan pelajarnya datang dari kawasan yang agak jauh dari sekolah. Sekolah ini juga dilengkapi dengan generator elektrik dan loji air sendiri bagi memenuhi keperluan seharian. Para pelajar akan meduduki Peperiksaan Sarawak Junior Certificate bagi Form 3 dan Senior Cam bagi Form 5. Ramai lepasan SC daripada Saratok secondary school berjaya menyambung pelajaran ke form 6 di SMK Tanjung Lubang Miri atau ke Dragon school (Kolej Tun Razak, Kuching).

Kini SMK Saratok berubah wajah. Bilangan kelas dan asrama bertambah. Blok Tingkatan 4 misalnya dibina pada tahun 1973. Blok Pentadbiran dibaikpulih dengan penambahan bilik kelas (kelas tingkatan 5) yang telah siap dibina pada tahun 1978. Dewan makan juga siap dibina pada 1978. Sehingga kini, SMK Saratok mempunyai 28 buah kelas dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Pencapaian SMK Saratok dalam bidang akademik dan kokurikulum amat menyerlah. Semenjak ditubuhkan SMK Saratok telah melahirkan ramai cendakiawan yang berjawatan tinggi dalam kerajaan termasuk menjadi wakil rakyat, tenaga professional di universiti tempatan, guru dan sebagainya. Malahan terdapat beberapa bekas pengetua SMK Saratok kini menjawat jawatan sebagai menteri dalam kerajaan negeri Sarawak. Jelaslah bahawa SMK Saratok adalah antara institusi penting penggerak kemajuan Bandar Saratok amnya dan negeri Sarawak khususnya.

 

 

Sejarah

Text Box: 4/1/2005 8:54 AM